SOALAN:
Saya ada seorang kawan yang suka mencuri. Menurutnya, dia mencuri kerana terdesak. Namun, dia berazam akan menggantikan kembali wang yang dicurinya apabila dia bekerja kelak. Untuk pengetahuan, dia juga mengambil duit ibu bapanya untuk membeli barang keperluan walaupun mereka berdua telah memberikan sebuah kehidupan yang sempurna kepadanya. Apakah hukumnya?
JAWAPAN:
Mencuri hukumnya berdosa. Makanan hasil curian akan menyebabkan darah daging bercampur dengan hasil yang haram. ALLAH telah menjelaskan hukuman yang patut dikenakan di dunia bagi sesiapa yang mencuri sebagaimana firman-NYA:
"Orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah daripada ALLAH. (Ingatlah) ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." – Surah al-Maaidah: 38.
Mencuri kerana terdesak tidak mengapa. ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-NYA disebabkan terpaksa. Kawan saudari juga berazam akan menggantinya kembali setelah bekerja. Dia wajib menunaikan nazarnya itu. Jika sebaliknya, dia tetap berdosa kerana melanggar janji.
Pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w yang mana jin yang menyerupai manusia telah mencuri makanan yang diletakkan di dalam baitulmal. Tetapi baginda tidak pernah memerintahkannya agar dikenakan hukuman. Wallahu a'lam.
________________________________________
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung." (QS. Ali Imran [3] : 104) "Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, kalian menyuruh (berbuat) kepada kebaikan dan mencegah dari kemunkaran dan kalian beriman kepada Allah." (QS. Ali Imran [3] : 110).
Friday, May 14, 2010
Thursday, April 29, 2010
Menutup Aurat Bukan Deskriminasi Wanita!
SATU sifat semula jadi manusia ialah perasaan malu jika bahagian tertentu badan dilihat oleh individu lain tanpa ditutupi. Justeru, manusia akan cuba menutup bahagian sulit biarpun menggunakan bahan paling asas seperti kulit binatang, daun dan sebagainya.
Dalam kaedah fikah, bahagian mesti ditutup dipanggil aurat. Namun, dalam hal ini ada perbezaan interpretasi batasan aurat mengikut agama dan budaya. Dalam agama lain, aurat dikaitkan dengan moral dan adat semata-mata. Tidak ada balasan dosa atau pahala berkaitan aurat dalam agama lain.
Interpretasi aurat dalam Islam amat ketat terutama bagi perempuan. Bagi golongan perempuan, aurat adalah seluruh anggota badan, kecuali bahagian muka dan kedua tapak tangan. Ia bertujuan untuk menjaga maruah perempuan.
Aurat bagi lelaki pula ialah antara bawah pusat dan lutut. Dalam keadaan tertentu, adalah wajib bagi lelaki menutup aurat lebih daripada apa yang ditetapkan itu jika ia mendatangkan fitnah. Perkara tidak baik mesti dijauhi.
Masyarakat bukan Islam hanya menganggap bahagian kemaluan sebagai aurat yang perlu ditutup. Bagi perempuan, satu lagi bahagian badan yang dianggap aurat ialah payu dara. Orang bukan Islam seperti megah berpakaian seksi yang dianggap satu anugerah yang mesti ditunjukkan kepada orang ramai.
Peraturan ketat terhadap wanita berkaitan pakaian bukan bertujuan menyusahkan atau menyekat kebebasan golongan wanita. Islam agama memberi kemudahan kepada umatnya. Jadi, jika ada sesuatu yang dirasakan menyusahkan, itu ada kebaikannya.
Sebenarnya, menutup aurat bukan sesuatu yang menyusahkan. Arahan itu cukup mudah untuk dipatuhi jika ada keimanan yang kuat dalam diri. Sebaliknya, jika iman dalam keadaan lemah, apapun perintah agama akan dirasakan membebankan. Sesungguhnya, syaitan sentiasa memperdayakan manusia berat untuk melaksanakan perintah Allah.
Islam tidak mengamalkan diskriminasi terhadap wanita, melainkan keperluan tabiiyang membezakan antara kedua jantina ini. Islam amat menghormati dan meletakkan kedudukan tinggi untuk wanita.
Fesyen mendedah aurat tidak mematuhi etika berpakaian kerana tidak ‘lengkap’. Mendedahkan aurat samalah tidak berpakaian. Aurat adalah sesuatu yang perlu dirahsiakan kepada pandangan umum. Jika sudah terdedah sana sini, itu kira macam tidak berpakaian atau berpakaian tidak lengkap.
Kejadian menimpa wanita seperti dirogol, dicabul kehormatan, gangguan seksual, dibunuh dengan kejam dan mangsa fitnah banyak berpunca cara berpakaian tidak menutup aurat. Lelaki mudah tertarik kepada wanita berpakaian seksi.
Sebagai Muslim, tidak sepatutnya kita membantah atau mencari helah membenarkan apa yang salah. Apa yang kita fikirkan betul tidak semuanya mendatangkan kebaikan. Allah lebih mengetahui apa yang ditetapkan untuk manusia.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidaklah harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidak harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 36).
Konsep menutup aurat dikehendaki Islam bukan sekadar menutupnya. Sebenarnya, menutup aurat mempunyai maksud lebih khusus. Memakai pakaian sendat dan penggunaan kain tertentu juga termasuk perbuatan tidak menutup aurat.
Pemilihan pakaian yang longgar dan labuh satu suruhan wajib bagi setiap wanita Islam agar menepati maksud menutup aurat. Jika mereka memilih menutup aurat, biarlah benar-benar seperti ditetapkan syarak.
Memakai pakaian sendat atau ketat sehingga kelihatan seperti melekat di badan pemakainya akan menampakkan semua tempat bentuk tubuh badan. Keadaan itu sama seperti pemakainya tidak berpakaian.
Sekarang ini banyak anak gadis yang memakai ‘baju adik’. Baju itu betul-betul sendat dan labuh sekadar bawah sedikit bahagian pusat. Jika pemakainya tunduk atau mengangkat tangan, pasti nampak bahagian pusat dan pangkal punggung.
Sikap ibu bapa yang tidak ambil peduli soal jenis pakaian anak gadis amat mendukacitakan. Ibu bapa merasakan anak mereka telah menutup aurat dan berpakaian sopan. Mereka jahil tidak memahami aturan berpakaian yang ditetapkan agama.
Sekarang ini sudah menjadi trend, gadis memakai baju adik biasanya bertudung. Mereka berlagak baik dan mematuhi suruhan agama agar bertudung, yakni menutup rambut yang juga dikira aurat perempuan. Hakikatnya, mereka masih tidak menutup aurat sepenuhnya kerana memakai pakaian sendat.
Jika mereka telah memilih untuk bertudung, cubalah pula mematuhi peraturan lain dalam soal berpakaian. Selain itu, mereka perlu sedar tanggungjawab untuk menjadi Muslimah sejati. Pakaian tidak menentukan segala-galanya. Sikap dan tingkah laku mesti dijaga agar tidak melakukan perbuatan yang ditegah agama.
Pemilihan pakaian yang longgar dan labuh satu suruhan wajib bagi setiap wanita Islam agar menepati maksud menutup aurat. Jika mereka memilih menutup aurat, biarlah benar-benar seperti yang ditetapkan syarak.

Tuesday, April 27, 2010
Bangkitkan kembali epistemologi Islam
Osman Bakar: Bangkitkan kembali epistemologi Islam | Print | E-mail
Aqil Fithri
Mutakhir ini, wacana epistemologi Islam mula mendapat sorotan. Sama ada kita menyedari atau tidak, merasakan atau tidak, tapi perlahan-lahan, buku, institusi serta gerakan penyelidikan mengenai epistemologi Islam kian bercambah. Namun, tampaknya denyut keghairahan ini seperti terabai — terutamanya dalam kalangan Muslim di Malaysia — sehingga tidak melihat peri-pentingnya peranan epistemologi dalam kehidupan beragama. Maka, atas hasrat untuk menanam kefahaman inilah yang mempertemukan kita dengan Prof Emiritus Datuk Osman Bakar, timbalan ketua pegawai eksekutif, Institut Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa, (International Institute of Advanced Islamic Studies), Malaysia (IAIS). Bersama AQIL FITHRI — zamil Cendikiawan Awam Asia 2009/2010, Nippon Foundation, Jepun — maka, murid dekat Seyyed Hossein Nasr ini sempat ditemuramah sewaktu kunjungannya ke Pusat Kajian dan Maklumat Falsafah Islam atau Center for Islamic Philosophical Studies and Information (CIPSI), Jakarta baru-baru ini.
Aqil Fithri: Kita tahu, tidak semua yang kuno adalah kuno. Sebab itu, dewasa ini wacana klasik tentang ilmu hushuli dan ilmu hudhuri mulai diangkat dalam wacana Islam, khususnya wacana falsafah Islam. Difahamkan pembahagian ini — ilmu hushuli dan ilmu hudhduri — ini dibuat oleh Suhrawardi. Kebetulan, anda pula pernah menulis buku The Classification of Knowledge in Islam. Justeru, buat pengenalan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ilmu hushuli dan ilmu hudhuri ini?
Osman Bakar: Dalam tradisi Islam, terdapat beberapa pengelasan ilmu. Tentunya ada persoalan, mengapa terdapat beberapa sistem pengelasan ini? Ini kerana, ada perspektif yang mendorong kita melakukan pengelasan tersebut. Sebagai contoh, ada pembahagian ilmu antara fardu ain dan fardu kifayah. Ini juga sebenarnya adalah satu contoh pembahagian. Walau bagaimanapun, itu bukan bermakna hanya terdapat satu pembahagian saja dalam pengelasan ilmu-ilmu Islam. Sebaliknya, setiap pembahagian dilakukan kerana ada asasnya, serta ada juga kegunaannya yang penting bagi masyarakat. Jadi, pembahagian ilmu hushuli dan ilmu hudhuri ini adalah termasuk dalam satu contoh pembahagian ilmu yang terdapat dalam Islam.
Namun, pembahagian ini dibuat lantaran ada perbezaan kaedah, iaitu merujuk kepada pemerolehan sumber ilmu. Perlu diketahui, pembahagian ini — ilmu hushuli dan ilmu hudhuri — sebenarnya sudah terdapat dalam tulisan al-Ghazali lagi, iaitu sebelum Suhrawardi al-Maqtul. Yang dimaksudkan dengan ilmu hushuli ini adalah, ilmu yang manusia peroleh dengan kognitifnya, dengan daya usahanya, sama ada dengan menggunakan pancaindera atau dengan akalnya (acquired knowledge). Manakala ilmu hudhuri, itu merujuk kepada ilmu yang berdasarkan pengalaman keruhanian manusia, yang mana ini berasaskan kepada penerimaan langsung dari Tuhan (presential knowledge). Jadi, ilmu hudhuri ini sudah tentu ada kaitan dengan perkataan, “hadhir,” “hadhrah,” “hudhur,” yang mana kata-kata ini dari akar yang sama—yang semuanya mengusung makna kehadhiran Ilahi. Dalam kata lain, ini juga semacam ilmu laduni, iaitu datang dari sisi Tuhan.
Sungguhpun demikian, perlu ditegaskan, bahawa ilmu ini bukan hanya untuk para Nabi saja, tapi juga termasuk untuk manusia-manusia seperti awlia, ulama, ilmuan, hukamak, dan lain-lain, yang Tuhan mahu anugerahkan keistimewaan pada manusia-manusia pilihannya. Sebab itu, ilmu ini dikaitkan dengan pengalaman keruhaian (spiritual life) yang dicapai oleh individu tertentu. Jadi, memang berbeza dengan ilmu hushuli, iaitu ilmu yang dikaitkan dengan pancaindera dan rasional yang sarat dengan nalar dan logik. Maka, ilmu hudhuri lebih khusus, lebih istimewa, lebih terpilih, yang mana ini disebut oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, “walaupun semua ilmu itu berasal dari Tuhan, tapi terdapat banyak cara untuk ilmu tersebut sampai kepada manusia.” Salah-satu daripadanya adalah ilham/inspirasi/intuisi. Inilah kaedah untuk memperoleh ilmu hudhuri. Namun, perlu diingat juga, ilham itu ada pelbagai peringkat, dan ilham inilah yang akhirnya membuahkan ilmu hudhuri.
Namun, bagaimana pula kita dapat menentukan, atau mengelaskan, tingkat-tingkat yang terdapat dalam ilmu hudhuri ini?
Penentuan tingkat ini adalah berdasarkan keakrabannya dengan sumbernya. Jika kita bermula dari atas, maka sumber yang tertinggi, ialah Tuhan. Kemudian, ada ilmu yang datang dari sisi Tuhan, yang dikurniakan kepada manusia-manusia terpilih, selain dari para Nabi. Jadi, kita boleh letakkan ilmu wahyu itu sebagai contoh ilmu hudhuri, tapi hanya khusus untuk para para Nabi saja. Kemudian, ilham boleh saja dianugerahkan pada manusia-manusia terpilih. Tapi, harus diperhatikan bahawa sebuah ilmu itu bukan saja merujuk kepada caranya sampai pada manusia, tapi juga merujuk kepada mauduk (objek/bahan yang disampaikan).
Jadi, di sini, bukan saja tingkat ilham, tapi juga tingkat objek yang dikaji oleh ilmu tersebut. Persoalan tentang adakah objek tersebut merujuk pada alam rendah, atau alam sederhana, atau alam tinggi, itu semua adalah bergantung pada tingkat alam. Sebab itu, dalam buku The Classification of Knowledge in Islam itu ada tiga pengelasan, iaitu berasaskan ontologi (berhubung dengan martabat maujud yang dikaji), kaedah, dan etika. Jadi, hakikatnya, martabat yang tertinggi adalah apabila Tuhan menjadi objek kajian.
Disebut bahawa ilmu hudhuri itu adalah bernuasakan kata “hadir.” Maknanya, pengalaman peribadi dalam kehadiran Tuhan. Namun persoalannya, apakah pengalaman peribadi ini dapat diluaskan sebagai sebuah ilmu universal, tidak hanya untuk peribadi saja?
Ya, memang! Ilham itu berdasarkan kepada ajaran al-Quran, dan hadith-hadith, yang memang dengann jelas menunjukkan ilham itu adalah sebuah fenomena universal. Maknanya, yang berpeluang untuk mengalami itu bukan hanya muslim, tapi juga seluruh anak Adam. Walau bagaimanapun, kekerapan penerimaannya adalah bergantung kepada pengalaman keruhaniannya, dan juga tahap intelektualnya, serta sukatan ilmunya. Islam percaya bahawa pengalaman ilham ini boleh disuburkan, atau dikerapkan, melalui sebuah cara hidup yang dianjurkan dalam keruhanian Islam. Jadi, kita boleh menyemarakkan pengalaman ilham ini, dan ternyata ilmu ini adalah universal.
Mithalnya, kita tahu bahawa dalam sejarah sains moden terdapat saintis bukan Muslim yang menemui ilmu baru dari ilham. Maknanya, ada alam ideal yang terbuka pada semua manusia. Terbukti, bahawa Tuhan tidak bataskan ilham ini pada Muslim saja. Kalau berbalik pada ilmu hudhuri itu, memang dari tingkat tertinggi, iaitu wahyu, adalah tidak khusus. Wahyu hanya untuk para Nabi saja. Namun, pada tingkat yang lebih bawah — ilmu atau hikmah yang berdasarkan kepada pengalaman keruhanian, serta pencapaian intelektual — ini terbuka, dan boleh diterima oleh bukan Muslim.
Tapi, persoalannya, bagaimana kita dapat menerangkan bahawa sesuatu ilmu dapat juga diperoleh bukan hanya melalui pancaindera dan akal?
Tentu sekali mereka yang menerima ilmu di luar pancaindera dan akal ini dapat mengetahui. Bahkan, kita juga dapat mengesahkan dakwaan tersebut dengan menguji kebenaran ilmu itu — sama ada berdasarkan logik, atau sebarang kaedah yang terima dalam epistemologi. Tapi, prinsipnya tetap sama, iaitu apa saja ilmu yang dihebahkan, oleh sesiapa saja, maka kita boleh buat pengesahan. Ini seperti juga ilmu empirikal. Jika ada seorang saintis menemui sebatian, atau formula, maka kita akhirnya boleh uji penemuan tersebut.
Begitu juga dengan ilmu hudhuri. Tapi, harus diingat, hanya mereka yang berkelayakan saja boleh menguji ilmu-ilmu tersebut. Tidak perlu kita takut pada kata “kelayakan” ini. Sebab, untuk penemuan ilmu empirikal, memang terdapat ramai yang dapat mengesahkannya. Sebaliknya, ilmu yang berdasarkan pengalaman kerohanian, barangkali adalah lebih sedikit. Sebab, kelayakan ini adalah sesuatu yang normal, sekalipun pada ilmu empirikal. Misalnya kalau kajian tentang bunyian, sudah mereka yang pekak tidak boleh mengambil bahagian. Kalau kita nak buat kajian tentang warna, sudah tentu mereka yang buta tidak boleh ambil bahagian. Jadi, ada kelayakan untuk mereka yang mahu membuat pengesahan ilmu ini.
Demikian juga al-Quran mendakwa bahawa solat itu dapat mencegah kemungkaran. Itu dakwaan al-Quran. Tapi, bagaimana untuk kita mengesahkannya? Maka, kita kumpul ambil data dari mereka yang telah melakukan solat. Namun kita perhatikan tetap mereka yang solat juga melakukan kemungkaran. Maka, kita perlu semak pula apakah solat itu telah dilakukan dengan syarat-syaratnya, dengan kehadhiran rohaninya, dengan sepenuh hatinya. Jadi jelas, prinsipnya tetap sama untuk ilmu hushuli mahupun ilmu hudhuri. Hanya jumlah individu yang melibatkan diri dalam membuat pengesahan saja yang terbatas.
Jadi, nampaknya ilmu wahyu boleh disahkan melalui data-data emperikal?
Ilmu wahyu hanya boleh disahkan pada peringkat rasional. Kita himbau balik, al-Quran yang turun pada kurun ke-7, itu membentangkan beberapa fenomena alam, dan hari ini kita sudah saksikan pengesahan tersebut melalui sains. Pada kurun ke-7 itu, memang tidak ada yang mampu untuk mengesahkan. Mereka terima saja ayat tersebut atas nama keimanan. Urusan pengesahan kemudian.
Atau, mungkinkah kita juga boleh katakan bahawa ilmu hudhuri juga adalah sebuah rasional yang tidak terungkap?
Sebenarnya, soalan ini adalah menyentuh mengenai peranan bahasa dalam mengungkapkan kebenaran. Sebab, bahasa ada batasannya dalam mengungkapkan kebenaran — saatnya bersangkutan dengan fenomena yang dikaji. Ilmu hushuli adalah mengkaji fenomena yang fizikal. Jadi, bahasa lebih mampu untuk mengungkapkan kebenaran alam kerana itu juga adalah pengalaman bahasa kita seharian (alam fizikal). Sementara, ilmu hudhuri pula merujuk kepada keruhanian. Jadi, bila kita mahu mengungkapkan realiti kerohanian, maka penggunaan bahasa seharian memang ada batasannya. Sebab itu, ada bahasa tanda. Ini semacam juga al-Quran, jika mahu menceritakan mengenai alam keruhanian, disampaikan dalam bahasa perumpamaan… masalu, masalu, masalu.
Tapi, ada persoalan menarik hubungan antara ilmu hudhuri dengan kosmologi. Dikatakan, soal mikrokosmos ini mendapat sorotan besar dari Saidina Ali Abi Talib, terutamanya saat disemak dari buku kumpulan pemikirannya, Nahjul Balaghah. Apakah ini benar?
Mikrokosmos itu adalah prinsip penting yang digunakan dalam banyak ilmu, termasuklah dalam ilmu kosmologi, dalam ilmu psikologi, dalam ilmu sains politik, dalam ilmu kimia, malah betapa banyaknya lagi ranting-ranting ilmu yang menerapkan prinsip mikrokosmos dalam sejarah ilmu Islam. Sebagai contoh, persoalan hikmah itu sebenarnya sangat dekat dengan persoalan mikrokosmos. Ini juga adalah antara ilmu hudhuri sepeti yang kita bicarakan itu. Dalam sejarah, idea alam as-Saghir itu ditemui oleh Saidina Ali Abi Talib, yang mendapat idea itu menerusi himpunan data wahyu, serta kemudian menggunakan akal kullinya, atau kuasa inteleknya, atau kecerahan sukmanya, untuk menafsirkan data-data tersebut. Itu memang sumbangan intelektual terbesarnya.
Kita boleh memahami hal ini kerana banyak ayat al-Quran yang mengungkapkan mengenai penciptaan manusia. Memang, dalam sesetengah ayat, hanya menyentuh sebahagian unsur-unsur manusia saja. Tapi, dalam ayat-ayat lain, turut disentuh unsur-unsur yang lain pula. Justeru, kalau kita mahu mendapat gambaran menyeluruh tentang manusia, maka kita kena kumpulkan semua ayat yang berkaitan dengan penciptaan manusia, sebelum melakukan sebuah “renungan akal.” Lalu, pada kesimpulannya, kita akan berkata, “setiap hal yang ada di luar diri kita, maka sebenarnya turut ada di dalam diri kita.” Itulah idea mikrokosmos, iaitu alam as-Saghir, atau alam kecil. Jadi, terdapat keselarian antara dua semesta: semesta luar diri kita dengan semesta dalam diri kita, iaitu one to one correspondence antara kedua semesta tersebut.
Hal inilah yang menarik minat kalangan saintis Barat untuk dikembangkan dalam penyelidikan mereka. Sebab itu, dalam pengertian inilah, Ikhwan as-Safa berkata, “Kalau kita mahu mengetahui hakikat alam ini, tidak perlulah kita menjelajah ke angkasa, cukup hanya pergi ke alam diri kita saja.” Kerana, sebenarnya diri kita ini juga adalah satu universe, atau satu semesta. Ini juga sebenarnya pesan al-Quran apabila Tuhan memanifestasikan tanda-tandanya bukan saja dalam makrokosmos, tapi juga dalam mikrokosmos.
Lantaran dengan adanya kesejajaran antara makrokosmos dan mikrokosmos ini, maka apakah kerana itu Islam turut menekankan mengenai tazkiyatun nafs, sebagai satu kaedah untuk mendekatkan diri pada Tuhan? Dan, apakah tazkiyatun nafs ini dapat dirasionalkan?
Sebelum itu, kita harus melalui proses-proses pembersihan jiwa, atau tazkiyatun nafs ini dahulu. Perlu diingat, tazkiyatun nafs ini bukan proses sembarangan, bukan proses yang tidak berperaturan, dan bukan proses yang tidak berprinsip. Malahan, tazkiyatun nafs ini juga adalah satu sains dan satu seni. Satu sains, sebab terdapat prinsip yang perlu kita faham tentang jiwa iaitu; apa itu jiwa, apa itu realiti jiwa, apa itu juzuk jiwa, apa itu komponen jiwa, dan lain-lain. Jadi, bila kita mahu melakukan tazkiyatun nafs, maka kita perlu tahu apa itu nafs. Dalam konsep manusia, nafs itu adalah salah-satu komponen manusia. Kemudian, perlu dirungkai persoalan lain, tentang hubungan nafs dengan akal, dengan qalb, dengan roh — dan, semua ini sebenarnya adalah sebahagian dari sains yang kita perlu belajar kalau benar-benar mahu melakukan tazkiyatun nafs.
Satu seni pula, sebab ada tahap praktikal, dan inilah seni yang kita warisi dari pada Nabi, yang diturunkan pada sahabat, lalu pada tabiin, dan sebagainya. Persoalannya dewasa ini, adakah kita mewarisi amalan ini dari ulama-ulama kita, atau dari intelektual-intelektual kita, ataupun secebis saja? Jadi, untuk menjernihkan hal ini, maka kita perlu mengenal siapa pakar dalam ilmu tazkiyatun nafs ini. Dalam sejarah, ulama yang ada kepakaran dalam bidang ini adalah ulama dari kalangan tasawuf atau sufi, sebab ini memang keahliannya. Bukan ulama fekah. Tidak hairanlah, ulama tasawuf memang sering membicarakan tentang tazkiyatun nafs, supaya mereka lebih dekat dengan Tuhan.
Menyentuh mengenai sufi, atau tasawuf ini, apakah bezanya dengan irfan, yang begitu dekat dengan tradisi Iran?
Itu ada persamaan dan perbezaaan. Sebenarnya, irfan ini merujuk kepada satu bentuk ilmu, atau suatu pengalaman manusia yang aspek kerohanian dan intelektual itu terjalin dalam satu kesatuan yang indah. Justeru, irfan ini kita harus bezakan dengan aliran kerohanian lain yang tidak menekankan aspek keintelektualan, iaitu tentang peranan akal dalam pengalaman kerohanian.
Jadi, adakah itu bermakna dimensi intelektual tidak ada dalam tasawuf atau sufi?
Bukan. Irfan itu juga satu bentuk tasawuf. Kalau kita ambil tasawuf sebagai satu genus, maka irfan itu adalah salah satu spesis darinya. Maknanya, irfan itu juga adalah dari aliran tasawuf yang objektifnya untuk membersehkan jiwa dan mendekatkan diri pada Tuhan. Soal bagaimana cara mencapainya, itu ada perbezaan pendekatan. Sebab itu, ada tiga asas dalam hubungan manusia dengan Tuhan. Ini adalah hal yang lazim dalam tasawuf, iaitu makhafah, mahabbah, makrifah. Makhafah iaitu berdasarkan pada rasa takut. Jadi, sebilangan manusia, mereka lebih menekankan dimensi takut, untuk mendekatkan diri pada Tuhan. Kedua, mahabbah ini pula berdasarkan pada cinta, iaitu kita lakukan sesuatu kerana cinta, dan tidak memikirkan ganjaran. Ketiga ialah makrifah, yang berdasarkan pada ilmu, dengan kita melaksanakan sesuatu dengan kefahaman dan keyakinan.
Persoalan terakhir, kita tahu, Muslim dewasa ini bergelut dengan pelbagai persoalan nyata, sama ada dalam aspek fizik mahupun metafizik, atau aspek semesta nyata (kehidupan seharian) mahupun semesta jiwa (kerohanian). Apakah ini menunjukkan Muslim sedang berdepan dengan masalah epistemologi?
Dari segi teori, Muslim tidak mempunyai masalah dalam persoalan epistemologi. Kita mewarisi tradisi epistemologi yang lengkap, yang serba mencakupi di mana pada teorinya mencukupi untuk menangani persoalan-persoalan semasa. Ini dari segi teori. Namun, dari segi realiti, tidak begitu. Sebab, sebahagian besar tradisi epistemologi Islam itu tidak dibangkitkan. Epistemologi Islam hanya wujud dan hidup dalam teks semata, tidak dalam wujud dan hidup dalam konteks kita. Itulah masalahnya.
Maka, apa yang patut kita lakukan? Yang patut kita lakukan ialah, seluruh ajaran Islam tentang epistemologi harus ketengahkan kembali pada khalayak. Kita mesti menanam di sanubari masyarakat tentang kepentingan epistemologi Islam ini. Tentunya, dengan langkah ini, kita akan menghadapi banyak pertanyaan, juga kritikan, barangkali juga cercaan. Walau apapun, kita harus jelaskan dengan menggunakan bahasa terkini, dengan bidalan terkini, dengan ungkapan terkini, yang mungkin dengan kekiniaan ini akan membantu khalayak untuk lebih memahami mengenai epsitemologi Islam ini.

Bacalah....
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila
sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung
oleh bapanya.
2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa
isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan
dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab
keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak
lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan
beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati
cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena
tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
Wanita
1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki.
2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila
mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak
perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid
dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat
sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan
selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg
wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu
hj
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat
suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika
saya tersilap).
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?
Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala
kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.
Wallahua`lam.
*Diambil dari facebook hamba...

Tentang Selawat
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh
Rasullullah S.A.W. telah bersabda bahawa,
"Malaikat Jibrail A.S, Mikail A.S., Israfil A.S. dan
Izrail A.S. telah berkata kepadaKu."
Berkata Jibrail A.S.:
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca Selawat
keatasmu tiap tiap hari sebanyak sepuluh kali (10x),
maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa
dia melintasi Titian Siratul Mustaqiim seperti kilat
menyambar."
Berkata pula Mikail A.S.:
"Mereka yang Berselawat keatas kamu akan aku beri
mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S.:
"Mereka yang Berselawat kepadamu akan aku sujud kepada
Allah S.W.T. Dan aku tidak akan mengangkat kepalaku
sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata.:
"Bagi mereka yang Berselawat keatasmu, akan aku cabut
ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku
mencabut ruh Para Nabi-Nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para
malaikat memberi jaminan masing-masing untuk
orang-orang yang Berselawat keatas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukan ini, diharap pembaca
tidak akan melepaskan peluang untuk Berselawat ke atas
junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan
Allah S.W.T., Rasul dan Para Malaikat. Insya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)