Apa Yang Kau Mahu

Wednesday, March 9, 2011

DuiT.. BaLA aTaU nIkmAT ????

Seorang pekerja bangunan sedang sibuk menyusun batu-bata di tingkat atas, setelah bata ditempatnya habis dia berteriak kepada para pekerja bangunan yang berada di aras bawah untuk membawakan batu-bata yang baru padanya, berulang kali dia berteriak namun tiada seorang pun yang melihat keatas.

Kemudian pekerja tadi cuba melemparkan wang syiling. Wang itu mengenai badan pekerja yang berada di bawah, namun bukannya dia melihat keatas malah sibuk memungut wang yang jatuh.

Berulang kali dia melempar wang hingga akhirnya dia berputus asa, di tengah keputus-asaannya dia cuba melempar batu. Kali ini batu itu tepat mengenai kepala pekerja yang berada di bawah dan ternyata usahanya berhasil.

Pekerja tersebut melihat keatas. Mungkin dengan wang dia tidak berhasil memanggil, tetapi dengan batu dia dapat memeranjatkan pekerja-pekerja di bawah.

Mungkin seperti itu juga manusia saat ditegur oleh Tuhannya dengan cara menyenangkan dia tidak menyedari, dan apabila ditegur dengan cara yang keras dia baru memahami dan mulai bertaubat.

19 HaDis TentAng kEistimEwaAn wAnIta

Enhanced by Smiley Central


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
.
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
.
9. Daripada Aisyah r.a.: "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
.
12. Aisyah r.a berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
.
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
.
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Sunday, March 6, 2011

~CiNtA sELePas NiKaH~

Dimanakah jodoh saya berada sekarang. Apakah yang sedang dilakukannya. Sihatkah dia? Masih hidupkah dia? bagaimanakah dia? soleh/solehah? Berdoalah untuknya meskipun kita tidak mengetahui siapa dia. Berdoalah agar dia masih hidup, sihat, dan soleh/solehah dan dapat dipertemukan dengan kita dan dapat mendirikan baitul muslim dan menyempurnakan separuh daripada iman kita. insyaAllah
~Cinta Selepas Nikah~

Semakin, seMaKin.. dan SemAkIn


"satu kerugian yg amat besar kpd umat Islam" yg mana:
-smkin mningkat kbjaksanaannya...smkin jauh dy drpd bribadat kpd Allah
-smkin terknal dy ats dunia ini...smkin lupa akn hukum Allah
-smkin brtmbah cntik seseorg itu...smkin byk dosa dbuatnya
-smkin b'umur seseorg itu...smkin x sdar dri bhwa ajl sdh dekat
-smkin maju dunia....smkin rmai manuisa x sdar bhwa kiamat sdah hmpir
<<<>>>
~na'uzubillahi min zhalik(mntak jauh drpdnya)~

Saturday, March 5, 2011





✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Friday, May 14, 2010

MENCURI, TETAPI BERAZAM MENGGANTI SEMULA

SOALAN:
Saya ada seorang kawan yang suka mencuri. Menurutnya, dia mencuri kerana terdesak. Namun, dia berazam akan menggantikan kembali wang yang dicurinya apabila dia bekerja kelak. Untuk pengetahuan, dia juga mengambil duit ibu bapanya untuk membeli barang keperluan walaupun mereka berdua telah memberikan sebuah kehidupan yang sempurna kepadanya. Apakah hukumnya?

JAWAPAN:
Mencuri hukumnya berdosa. Makanan hasil curian akan menyebabkan darah daging bercampur dengan hasil yang haram. ALLAH telah menjelaskan hukuman yang patut dikenakan di dunia bagi sesiapa yang mencuri sebagaimana firman-NYA:
"Orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah daripada ALLAH. (Ingatlah) ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." – Surah al-Maaidah: 38.
Mencuri kerana terdesak tidak mengapa. ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-NYA disebabkan terpaksa. Kawan saudari juga berazam akan menggantinya kembali setelah bekerja. Dia wajib menunaikan nazarnya itu. Jika sebaliknya, dia tetap berdosa kerana melanggar janji.
Pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w yang mana jin yang menyerupai manusia telah mencuri makanan yang diletakkan di dalam baitulmal. Tetapi baginda tidak pernah memerintahkannya agar dikenakan hukuman. Wallahu a'lam.
________________________________________